Petang semalam, tragedi tanah runtuh menggemparkan Kampung Cenderakasih, Kolombong, Kota Kinabalu apabila tujuh sekeluarga tertimbus di bawah runtuhan💔 Setakat jam petang, lima mangsa disahkan maut iaitu Husaima Sarabani, 50 tahun; dua beradik Siti Khadijah Abdullah, 4 tahun dan Mohd Ilham Abdullah, 2 tahun; sepupu mereka Mohd Izzan Gandi, 7 tahun; serta datuk mereka Abdul Halid Darak, 50 tahun🕯️ Dua lagi mangsa iaitu Maslinah Abdul Halid, 29 tahun, bersama anaknya Mohd Noriman Abdullah, 9 tahun, masih hilang dan operasi mencari serta menyelamat giat dijalankan🚨 Seramai 20 anggota bomba, 30 anggota polis dan 15 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terlibat dalam operasi, namun keadaan amat sukar kerana mangsa dipercayai tertimbus sedalam 2 hingga 3 meter di bawah runtuhan tanah dan sampah yang dianggarkan seberat 20 hingga 30 tan⚠️ Pasukan penyelamat kini bertarung dengan masa untuk menjejaki mangsa yang masih hilang sebelum malam menjelma🙏 Tragedi ini menjadi peringatan buat kita semua agar lebih peka jika tinggal di kawasan cerun atau berbukit. Jika hujan lebat atau tanah mula retak dan bergerak, jangan berlengah untuk berpindah kerana nyawa jauh lebih berharga daripada harta benda⚡ Semoga roh mangsa dicucuri rahmat dan keluarga mereka diberikan kekuatan menghadapi ujian ini



