18 Aug 2025, 7:04pm

Pencuri Tak Guna — Cuba Rompak, Barang Tak Dapat, Malu Pun Dapat!

Di Jenderam Hilir, Sepang berlaku satu cubaan rompakan yang betul-betul memalukan🤬 apabila dua ekor pencuri bermuka topeng dan berpakaian serba hitam memanjat masuk ke dalam sebuah rumah dengan niat nak curi barang dalam kereta milik tuan rumah🚗💰. Tapi dua-dua bangang ni cuba punya cuba, lama gila tak dapat buka pintu kereta🔒, akhirnya terpaksa lari lintang-pukang panjat balik keluar tembok😂🐀. Spesis pencuri macam ni memang perosak masyarakat🦠, bukan saja membuang masa sendiri, malah buat orang lain rasa tak selamat!⚠️ Pesanan untuk semua, pastikan barang berharga disimpan dengan selamat, pintu dan tingkap rumah dikunci, kereta dipasang alat keselamatan🔐, dan kalau nampak orang mencurigakan, terus lapor polis🚔. Kita kena bersatu💪 supaya sampah macam ni tak ada peluang nak buat hal!