23 Mar 2026, 6:00pm

Cukup-Cukuplah Kezaliman โ€” Hormati Nyawa, Walau โ€˜Hanyaโ€™ Seekor Kucing!

Satu kejadian kejam yang menjijikkan telah berlaku di Baoying Cat Cafe, Shenyang, China ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ. Seorang wanita dalam lingkungan 30-an telah mendera beberapa ekor kucing secara kejam selama lebih 30 minit di dalam bilik peribadi ๐Ÿฑ๐Ÿ’”. Akibatnya, 4 ekor kucing mati di tempat kejadian ๐Ÿ˜ฟ, dan beberapa ekor lagi mengalami kecederaan serius ๐Ÿฉธ. Keseluruhan tindakan kejam itu telah dirakam oleh CCTV kedai ๐Ÿ“น. Apabila ditanya oleh pemilik kedai, wanita itu hanya memberi jawapan biadab โ€œsaya tengah bad moodโ€ ๐Ÿ˜’, langsung tak rasa bersalah dan tak ada sedikit pun rasa simpati terhadap makhluk yang tak berdosa tu. Lebih teruk, sehari sebelum tu dia juga dah buat hal di sebuah kafe kucing lain dan dihalau ๐Ÿšซ. Manusia jenis apa ni? Kau memang tak ada hati nurani ke? ๐Ÿ˜ก๐Ÿ˜ค Orang macam ni memang layak digelar syaitan bertopeng manusia ๐Ÿ‘ฟ. Kejadian ni menggemparkan seluruh China, jadi trending di Weibo ๐Ÿ”ฅ dan mencetuskan kemarahan dalam kalangan pencinta haiwan. Ramai aktivis haiwan mendesak agar pelaku dikenakan tindakan berat dan undang-undang anti-keganasan terhadap haiwan segera digubal ๐Ÿ“ข. Malangnya, China masih belum ada undang-undang khusus untuk melindungi haiwan daripada penderaan ๐Ÿ˜”. Buat masa ini, pelaku hanya boleh dikenakan tindakan bawah undang-undang gangguan awam serta tuntutan ganti rugi oleh pemilik kafe ๐Ÿงพ. Polis telah dimaklumkan dan siasatan sedang dijalankan ๐Ÿ‘ฎโ€โ™€๏ธ. Tapi ramai netizen dah dedahkan maklumat peribadi wanita tu secara terbuka, walaupun itu juga melanggar undang-undang ๐Ÿ•ต๏ธโ€โ™‚๏ธ. Tapi bila undang-undang tak cukup kuat, orang ramai mula bertindak sendiri ๐Ÿ˜ค. Kepada si pelaku, kalau kau rasa stres atau ada masalah mental, pergilah cari bantuan profesional ๐Ÿง , bukan lepaskan marah pada haiwan kecil yang tak mampu melawan ๐Ÿ˜พ. Kucing tu bukan alat mainan kau, bukan tempat kau lepas geram! Semua makhluk hidup berhak hidup dengan aman dan disayangi โค๏ธ. Kami seru pihak berkuasa bertindak tegas dan masyarakat lebih peka serta belas kasihan terhadap haiwan ๐Ÿ›ก๏ธ. Jangan jadi manusia yang lebih hina daripada binatang. Hormatilah nyawa, walaupun ia hanya seekor kucing ๐Ÿพ