22 Mar 2026, 9:44am

Syabas PDRM! 44 Rekod Jenayah Tamat Riwayat di Hujung Senjata!

Sekitar jam 4:40 pagi semalam, satu insiden tembak-menembak berlaku di kawasan terpencil berhampiran Bukit Tunku, Kuala Lumpur! Seorang lelaki India berusia 36 tahun yang dipercayai ketua kumpulan samun bersenjata maut ditembak polis di tempat kejadian! Suspek ini bukan calang-calang orang – dia mempunyai 44 rekod jenayah lampau dan pernah terlibat dalam pelbagai kes samun di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Perak. Ketika cuba melarikan diri dengan memandu ke arah kawasan perbukitan, suspek bertempur dengan polis sebelum akhirnya ditembak mati ⚔️⚠️ Masyarakat kita tidak boleh dibiarkan terus dibelenggu oleh manusia tidak berhati perut seperti ini! Jenayah bertimbun-timbun masih berani berkeliaran, kamu ingat negara ini bapak kamu punya ke? Kali ini pihak polis bertindak pantas dan tegas, berjaya menghapuskan satu lagi ancaman kepada keselamatan rakyat 💪 Syabas PDRM! Sekiranya orang awam mempunyai maklumat tentang kegiatan kumpulan penjenayah atau aktiviti mencurigakan, sila segera laporkan kepada pihak berkuasa! Hanya dengan kerjasama semua, keselamatan negara dapat dijaga!