Sebuah kereta Myvi yang dipandu seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun menjadi mangsa dikepung kira-kira 20 orang mat rempit pada awal pagi dan rakaman video 29 saat kejadian itu kini tular di media sosial π±. Dalam rakaman berkenaan motosikal mengelilingi kereta tersebut sambil cuba menghalang laluan π¨ malah seorang daripada mereka dilihat memukul cermin sisi pemandu serta menendang pintu sehingga memaksa pemandu memperlahankan kenderaan π‘. Perbuatan biadap ini jelas menunjukkan sikap samseng jalanan yang langsung tidak bertanggungjawab π€¬ ingat jalan raya itu gelanggang perlumbaan nenek moyang kamu ke? π Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Muhamad Farid Ahmad mengesahkan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 427 & 279 Kanun Keseksaan π dan usaha menjejaki semua suspek sedang giat dilakukan β οΈ. Kepada semua penunggang motosikal jangan fikir dengan jumlah ramai kamu boleh sesuka hati menakutkan orang lain π€― itu bukan berani tapi dayus! π Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati di jalan raya π dan segera hubungi polis sekiranya berdepan insiden sebegini π. Hormatilah pengguna jalan lain dan jangan jadi sampah masyarakat π kerana akhirnya undang-undang pasti menanti