Seorang pelajar sekolah di Permatang Pauh dilanggar motosikal π¨ ketika berada di hadapan Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh. Lebih mengejutkan, penunggang motosikal tersebut tidak berhenti malah melarikan diri tanpa menghulurkan sebarang bantuan π‘. Waris mangsa telah membuat laporan polis dan pihak berkuasa kini giat menjalankan siasatan π. Polis turut menyeru penunggang terbabit segera tampil menyerah diri sebelum tindakan tegas diambil. Perbuatan langgar lari macam ni memang kejam π€¬, nyawa orang awak langgar tapi awak lari macam pengecut! Ingatlah, tinggalkan mangsa tanpa bantuan bukan sahaja berdosa tapi juga satu kesalahan serius di sisi undang-undang β οΈ. Kalau berlaku kemalangan, perkara pertama yang wajib dibuat adalah berhenti dan tolong mangsa π, bukannya lari menyorok macam penjenayah. Orang ramai juga diminta peka π, kalau nampak kejadian sebegini segera hubungi polis. Jangan jadi manusia tak berhati perut π, hormati nyawa dan ada rasa tanggungjawab