9 May 2026, 10:51am

🛠️ Jalan Burma Alami Mendapan, Kerja Pembaikan Dijalankan Segera

Sebuah mendapan jalan berlaku di Jalan Burma berhampiran simpang Jalan Transfer, Pulau Pinang ⚠️ keadaan ini amat membahayakan pengguna jalan raya 🚗 pihak berkuasa segera bertindak dengan menempatkan anggota Warden Trafik MBPP serta Trafik PDRM 👮 untuk mengawal aliran lalu lintas, semua laluan dari arah Jalan Penang sama ada dari KOMTAR mahupun dari IPK PDRM ke Jalan Burma telah ditutup sementara 🚧 kerja-kerja pembaikan turut dijalankan dengan segera 🔧 manakala kenderaan dialihkan melalui Jalan Lim Chwee Leong ➡️ papan tanda amaran serta kawalan trafik turut disediakan untuk keselamatan semua 🙏 kejadian ini juga menjadi peringatan agar semua pemandu lebih berhati-hati ❤️ mematuhi arahan petugas di lokasi 👷 dan jangan terburu-buru kerana keselamatan jauh lebih penting daripada kelajuan