4 Feb 2026, 10:34am

🚨 Toyota GR Laju Hilang Kawalan, Rempuh Bas di Melaka — Pemandu Maut

Kawasan Jalan Krubong–Sungai Badau, Melaka telah berlaku satu kemalangan serius apabila sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki disyaki memandu laju hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung secara terus dengan sebuah bas, kejadian itu sangat mengerikan untuk dilihat ⚠️, dalam insiden tersebut terdapat dua mangsa — pemandu bas berusia 34 tahun dan lelaki berusia 26 tahun yang memandu Toyota GR, kedua-duanya tersepit di bahagian pemandu dan hanya berjaya dikeluarkan selepas usaha keras pasukan penyelamat, namun pemandu Toyota GR itu akhirnya meninggal dunia akibat kecederaan parah, tragedi seperti ini berlaku lagi dan lagi, semuanya kerana masih ada orang yang suka jadikan jalan raya sebagai litar perlumbaan — sayang kereta macam sayang nyawa, tapi langsung tak fikir nyawa orang lain 😡, tolonglah wahai para pemandu, nyawa cuma satu, kereta rosak boleh ganti, tapi nyawa tak boleh diulang, seronok memecut beberapa saat saja, tapi harganya mungkin seumur hidup — malah boleh meragut nyawa orang tak bersalah 💔, jadi tolonglah pandu perlahan, ikut peraturan jalan raya, jangan sampai keluarga menangis kerana satu tindakan bodoh, dan jangan jadikan jalan raya tempat sengsara hanya kerana nak rasa “syok” beberapa saat.