22 Mar 2026, 6:46am

🚨 Polis Tahan Warga Asing Tanpa Lesen, Sheila Muncul Jerit & Livestream

Anggota polis wanita yang pernah digantung tugas, Sheila sekali lagi mencetuskan kekecohan 😤 apabila bertindak memarahi rakan sepasukan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur sambil menuduh mereka “menakut-nakutkan warga asing” dan “tidak tahu undang-undang.” Berdasarkan rakaman video yang tular 📹, tiga anggota polis sedang menjalankan tugas di tepi jalan apabila Sheila datang sambil memegang telefon bimbit dan merakam salah seorang daripada mereka, sambil menjerit berulang kali “Kau ugut warga asing!” tanpa rasa hormat terhadap rakan sepasukan sendiri 👮‍♀️. Lebih memalukan lagi, tular juga dakwaan bahawa Sheila telah bersiaran langsung di TikTok 📱 dan mengaku dirinya sebagai pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, walhal dia telah digantung tugas lebih dua tahun yang lalu 🙄. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 ⚖️. Ketika kejadian, polis sedang menahan seorang lelaki warga Pakistan yang menunggang motosikal tanpa lesen, namun Sheila tiba-tiba muncul dan menuduh anggota bertugas “menakutkan warga asing” sehingga mencemarkan imej pasukan 😡. Seriuslah Sheila, kalau dah digantung tugas tu diam sudah lah — jangan nak tunjuk lagak macam masih berpangkat tinggi 🤦‍♂️. Tindakan seperti ini bukan saja memalukan diri sendiri, tapi juga menjatuhkan maruah seluruh pasukan 🚨. Sedarlah sikit, dunia sebenar bukan pentas TikTok, dan undang-undang bukan bahan mainan untuk konten