Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan hilang di Kampung Empila, Samarahan π¨ ketika keluar menaiki perahu bersama rakannya untuk memancing dan menjala udang. Difahamkan mangsa berada di bahagian belakang perahu manakala rakannya berada di hadapan, tiba-tiba terdengar jeritan meminta tolong namun apabila menoleh ke belakang mangsa sudah pun hilang dari pandangan π’. Pihak bomba menerima panggilan kecemasan sebelum bergegas ke lokasi dan kini operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan dengan kerjasama penduduk kampung. Kejadian ini sekali lagi menjadi peringatan β οΈ bahawa sungai walaupun kelihatan tenang sebenarnya berbahaya, lebih-lebih lagi jika kanak-kanak berada di kawasan air tanpa pengawasan dan langkah keselamatan yang betul π. Ibu bapa diminta sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak, jangan biarkan mereka berada berhampiran sungai seorang diri kerana sekelip mata sahaja tragedi boleh berlaku π. Nyawa amat berharga, marilah kita semua lebih peka terhadap keselamatan dan menjaga orang tersayang