Seorang lelaki berusia 49 tahun maut selepas terjatuh ketika menunggang basikal di jejantas motosikal Kampung Pinang Seberang, Kamunting π Mangsa dikatakan hilang kawalan lalu terjatuh dari ketinggian kira-kira 20 kaki ke kawasan landasan kereta api π¨ Tubuhnya terhempas ke atas bongkah batu, menyebabkan kecederaan parah pada kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi π’ Pasukan bomba segera ke tempat kejadian dan menggunakan pengusung untuk mengangkat mayat sebelum diserahkan kepada pihak polis π Kejadian sebegini amat menyedihkan, namun ia juga mengingatkan kita bahawa masih ramai penunggang yang tidak peka terhadap keselamatan, tinggi macam tu pun masih cuai π« Nyawa hanya sekali, kalau sudah jatuh memang tiada peluang kedua β οΈ Semoga tragedi ini jadi peringatan untuk semua, sama ada menunggang atau memandu, tolong lebih berhati-hati di jalan raya