Bencana alam memang datang tanpa amaran💥! Jalan menuju ke SK Bawang Assan di Sibu, Sarawak runtuh sepenuhnya akibat hakisan tanah selepas hujan lebat berterusan😨. Lubang besar terbentuk di tengah jalan, hampir menyebabkan beberapa kenderaan terperangkap namun mujurlah tiada nyawa terkorban🙏. Kejadian ini jadi peringatan penting⚠️—selepas hujan lebat, jangan sesekali pandang ringan keadaan jalan walaupun nampak stabil. Pihak berkuasa kini menutup laluan berkenaan untuk kerja pembaikan segera🚧, jadi pengguna jalan tolong jangan degil atau cuba lalu ikut jalan yang sudah rosak. Nyawa jauh lebih berharga daripada nak cepat sampai💔. Hati-hati ketika memandu waktu hujan, biar lambat asalkan selamat