Sarawak, IKBN Miri sekali lagi tercemar dengan satu insiden yang sungguh memalukan apabila seorang pelajar menjadi mangsa kepada perbuatan tidak bermoral yang digelar “Aluba”. Dalam kejadian itu, empat orang pelajar dilihat mengangkat mangsa sebelum menghentakkan bahagian sulit mangsa ke tiang besi sehingga bergesel, menyebabkan mangsa kesakitan teramat sangat dan hanya dilepaskan selepas terhuyung-hayang menahan sakit ⚡ Rakaman video berdurasi 13 saat itu tular di media sosial dan mengundang kemarahan ramai kerana jelas perbuatan tersebut bukanlah gurauan, sebaliknya satu bentuk buli fizikal yang jijik 😡 Lebih mengecewakan lagi, terdapat beberapa pelajar lain yang hanya berdiri melihat malah sempat merakam video untuk dijadikan bahan ketawa 👎 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengeluarkan kenyataan tegas bahawa pelaku bakal berdepan hukuman berat termasuk gantung atau buang sekolah, malah menegaskan bahawa buli atau kononnya “tradisi gurauan” sebegini langsung tidak boleh diterima 🚫 Polis Diraja Malaysia turut mengesahkan siasatan sedang dijalankan, manakala pihak IKBN Miri sendiri sudah memulakan siasatan dalaman dan memberi jaminan akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa 👮♂️ Secara jujurnya, perbuatan Aluba ini adalah satu tindakan bodoh dan tidak bertamadun, buat hal lah kalau nak berseronok pergilah ke padang main bola atau bersukan, jangan jadikan tubuh rakan sendiri sebagai bahan lawak dan kesakitan orang lain sebagai hiburan 🚨 Semua pelajar harus sedar bahawa persahabatan sejati bukan dibina atas dasar penghinaan dan penderitaan, tetapi pada hormat-menghormati dan saling menyokong 🙏 Institusi pendidikan seharusnya menjadi tempat menimba ilmu dan membentuk peribadi mulia, bukannya menjadi sarang kepada budaya buli yang hina