Satu kejadian berlaku di kawasan Long Lapok Tinjar, Sarawak, tepatnya di jalan limpas Taman Negara Logan Bunut menuju ke pekan Long Lama. Ada individu tidak bertanggungjawab meletakkan batang kayu besar melintang di tengah jalan raya, disyaki cuba menghalang atau merompak pengguna jalan👎💢. Pukimak, korang ni miskin sangat ke sampai nak kacau orang lalu lalang? Letak batang kayu di tengah jalan, penunggang motor dan pemandu kereta yang tidak perasan pasti akan terlanggar dan boleh cedera parah. Mana perikemanusiaan korang?🤬. Perbuatan ini bukan gurauan, tapi ancaman serius kepada keselamatan awam. Aku pesan kepada semua pemandu yang melalui kawasan Long Lapok, Taman Negara Logan Bunut hingga ke Long Lama – tolong kurangkan kelajuan, tingkatkan kewaspadaan, lebih baik berteman jika dalam perjalanan jauh, dan elakkan memandu pada waktu malam🌙. Pihak polis dan penduduk setempat diminta segera membersihkan batang kayu tersebut serta meningkatkan rondaan di kawasan ini, tangkap binatang-binatang yang letak kayu ni dan kenakan hukuman setimpal❌. Jika anda ternampak situasi macam ini, jangan sesekali berhenti, segera laporkan kepada polis dan cari jalan alternatif📞. Semoga semua pengguna jalan raya selamat sampai ke rumah, jangan bagi perompak sial ni berjaya😡.