7 Apr 2026, 3:45am

🚨🚔 Treler ditahan di Kapar Batu 3: pemandu didakwa enggan beri kerjasama, polis dan RELA tarik keluar sebelum tahan di tepi jalan

Jalan Kapar Batu 3, Klang, seorang pemandu lori treler ditahan secara paksa oleh pihak polis dengan bantuan anggota RELA selepas dipercayai enggan memberikan kerjasama ketika pemeriksaan dijalankan🚔, kenderaan tersebut pada mulanya ditahan oleh kereta peronda sebelum anggota penguat kuasa meminta pemandu turun untuk pemeriksaan, namun lelaki itu didakwa tidak memberi kerjasama sehingga terpaksa ditarik keluar oleh beberapa anggota dan diarahkan berlutut di tepi jalan dengan tangan di belakang sebelum ditahan⚠️, kejadian itu turut dirakam oleh orang awam dan tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen📱. Insiden ini menjadi peringatan kepada semua agar sentiasa bertenang dan memberi kerjasama apabila berdepan dengan pihak berkuasa, jangan kerana emosi atau keengganan sendiri akhirnya menyusahkan diri dan memburukkan keadaan❗Jika merasakan tindakan tidak adil, saluran undang-undang adalah cara yang betul untuk membuat aduan, bukannya melawan di tempat kejadian😤. Dalam masa sama, pihak penguat kuasa juga diharap menjalankan tugas dengan profesional, berhemah dan telus bagi mengelakkan salah faham serta kontroversi⚖️, ketenteraman awam hanya dapat dikekalkan apabila kedua-dua pihak saling menghormati dan bertindak secara rasional💪🚫