22 Mar 2026, 6:39am

🚧 Jalan Dato Ismail Hashim Runtuh: Trafik Sesak, Apa Yang Berlaku?

Kejadian tanah mendap⚠️ mengejutkan penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan Sungai Ara, Bayan Lepas🚗😱 apabila sebahagian jalan di Jalan Dato Ismail Hashim tiba-tiba runtuh. Difahamkan, kawasan mendapan tersebut tidak terlalu besar namun cukup untuk menyebabkan kesesakan lalu lintas🚧. Punca awal dipercayai berpunca daripada hakisan tanah bawah atau kerosakan sistem saliran💧. Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang (JKR Pulau Pinang) telah menghantar pasukan ke lokasi bagi menjalankan kerja pembaikan segera dan langkah keselamatan👷‍♂️🦺. Mujurlah tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan🙏, namun pihak berkuasa mengingatkan orang awam supaya menjauhkan diri dari kawasan mendap dan tidak menghampiri atau berkumpul di situ❌👀. Kejadian seperti ini boleh berlaku secara tiba-tiba dan membawa risiko besar⚡. Semua pemandu diingatkan agar memperlahankan kenderaan🚘, lebih berhati-hati dengan keadaan jalan, terutama selepas hujan atau di kawasan pembinaan🌧️. Ingatlah, keselamatan sentiasa lebih penting daripada kejar masa⏰ — jangan tunggu dah jadi apa-apa baru menyesal