Dekat Kilometer 9.4 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran Shah Alam, berlaku satu kemalangan maut π’π apabila seorang lelaki pejalan kaki berusia sekitar 50 hingga 60 tahun dilanggar sebuah kereta ketika cuba melintas lebuh raya secara tiba-tiba. Mangsa berada di lorong kedua dari kanan sebelum dirempuh kenderaan yang bergerak lurus, mengakibatkan kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian π₯. Insiden ini menjadi peringatan keras bahawa lebuh raya bukan tempat untuk pejalan kaki β οΈ, tindakan melintas secara berbahaya bukan sahaja mengancam nyawa sendiri, malah boleh mengakibatkan trauma kepada pemandu lain π€¦ββοΈ. Pada masa sama, pemandu juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terutama ketika memandu pada waktu malam, kekal fokus dan patuhi had laju π¦. Nyawa tidak boleh diganti, patuhi peraturan jalan raya dan utamakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain