Sentul, Kuala Lumpur, seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun naik angin selepas menerima saman trafik daripada polis π€π. Apa dia buat? Dia rakam anggota polis dengan telefon sambil keluar kata-kata kesat dan cabar-mencabar π€¬π±. Ingat ni rancangan realiti ke apa? π Hasilnya? Video dia viral, polis pun datang cari β jam 2:36 pagi di Jalan Dato Senu, dia ditangkap di sebuah premis perniagaan πβοΈ. Telefon dan kad SIM turut disita, ditahan reman 3 hari! ππ€‘ Abang, sebab sekeping saman, kau nak masuk lokap, kena mahkamah, dapat rekod jenayah? Berbaloi ke? Mungkin kau ingat dengan marah polis kau nampak hebat? Sekarang viral tangkap, mana pergi hebat kau? π Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan (halang kerja pegawai awam) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (perbuatan menghina). Ujian air kencing negatif, tapi otak nampaknya tertinggal di rumah π§ π«. Pesanan kami: tak puas hati dengan saman, pergi buat rayuan secara sah, jangan melenting kat jalan. Maki hamun pegawai hanya akan tukar status kau daripada βpenerima samanβ kepada βorang kena tangkapβ. Hormati penguat kuasa, hormati undang-undang, selamatkan diri sendiri. Kau ingat dengan rakam video kau boleh ugut polis? Itu video jadi bukti di mahkamah nanti πΉβοΈ. Harap si abang 25 tahun ni dalam lokap tiga hari cukup untuk dia fikir balik. Lepas keluar nanti, belajar cakap baik-baik, bukan dengan sumpah seranah nanti dapat besi. Ingat, jangan jadi βhero viralβ macam ni, nanti orang ketawa, malunya seumur hidupπ.