Satu kejadian kejar-mengejar melibatkan kereta polis dilaporkan berlaku di Subang Jaya, beberapa kenderaan polis dilihat mengejar sebuah kenderaan yang dipercayai cuba melarikan diri dan keadaan di jalan raya ketika itu menjadi tegang serta berbahaya ππ¨. Pemanduan laju dan tindakan melarikan diri seperti ini bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah boleh mengancam nyawa orang lain yang langsung tidak bersalah β οΈ. Pihak berkuasa kemudian mengambil tindakan lanjut dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Orang ramai juga diingatkan supaya tidak berhenti di tepi jalan semata-mata untuk melihat atau merakam kerana sikap ingin tahu yang tidak bertempat boleh menyebabkan kemalangan lain π. Kepada mereka yang masih suka memandu secara melulu atau cuba βheroβ di jalan raya, gunakanlah akal, jangan sampai kerana kebodohan sendiri orang lain pula menjadi mangsa, menyesal kemudian memang sudah tiada guna π₯. Jalan raya bukan tempat berlumba atau tunjuk berani, patuhi undang-undang dan utamakan keselamatan supaya semua orang boleh pulang dengan selamat