21 Feb 2026, 7:25am

😶 Video Tular: Lelaki Tolak Teman Wanita Ketika Bertengkar

Baru baru ini,satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki menolak teman wanitanya ketika berlaku pertikaian, sehingga menimbulkan perhatian ramai😶. Seorang wanita yang mengaku sebagai individu dalam video tersebut kemudian tampil menjelaskan bahawa tindakan teman lelakinya memang keterlaluan dan tidak wajar menggunakan kekerasan terhadap wanita, namun beliau juga menyatakan kedua-dua pihak mempunyai kesilapan masing-masing dan tidak mahu orang ramai hanya menyalahkan satu pihak, malah mereka telah berbincang dan menyelesaikan perkara itu secara peribadi dan hubungan mereka kini kembali seperti biasa. Kejadian ini menjadi peringatan bahawa dalam konflik hubungan atau keluarga, emosi perlu dikawal dan kekerasan hanya akan memburukkan keadaan⚠️, komunikasi yang tenang dan rasional jauh lebih membantu untuk menyelesaikan masalah💬. Pada masa yang sama, orang ramai juga disaran supaya tidak terlalu cepat menghukum atau menyebarkan video yang melibatkan privasi individu🙏, berikan ruang kepada pihak terlibat dan utamakan sikap matang serta saling menghormati dalam masyarakat