23 Mar 2026, 4:30pm

😱 Langgar Kereta Polis Tengah Kecemasan — Rider 27 Tahun Cedera Parah Di Padang Jawa

Satu insiden yang menyedihkan berlaku di lampu isyarat Padang Jawa, Shah Alam💥 apabila seorang penunggang motosikal merempuh kereta peronda polis🚓 yang sedang menjalankan tugas kecemasan! Difahamkan ketika kejadian, pihak polis sedang dalam perjalanan menghadiri panggilan kecemasan MERS 999 dengan lampu dan siren🚨 telah dihidupkan, namun penunggang tersebut tetap melanggar kenderaan polis itu. Akibatnya, penunggang berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan pada bahagian pinggul dan tangan lalu dikejarkan ke hospital🏥 untuk rawatan, manakala anggota polis tidak mengalami kecederaan serius. Jujur cakap, kes macam ni memang buat orang geram dan kecewa😤. Lampu dan siren polis dah berbunyi kuat-kuat pun masih ada yang buat-buat tak nampak👂. Nak tunggu langgar baru tahu maksud “tugas kecemasan” tu bukan main-main ke?😡 Ramai penunggang motosikal suka potong lampu, selit antara kereta, kejar masa — tapi akhirnya bukan cepat sampai, tapi cepat masuk hospital atau liang lahad⚰️. Nyawa tu murah sangat ke? Tolonglah, bila nampak kereta polis, ambulans🚑 atau bomba🚒, cepat beri laluan. Itu bukan rugi, itu tolong selamatkan nyawa!🙏 Harap semua penunggang lepas ni lebih peka, lebih guna akal sikit bila atas jalan