13 Apr 2026, 3:40am

😱📱 Dendam sebab ‘tampar’ dalam sekolah? remaja serang selepas waktu persekolahan, semuanya kini direman

Johor Bahru kawasan Skudai di Taman Ungku Tun Aminah melibatkan sebuah sekolah menyaksikan satu kejadian pergaduhan berkumpulan apabila sekumpulan remaja bertindak menyerang di hadapan pintu pagar sekolah selepas waktu persekolahan, dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana salah seorang pelajar telah ditampar di dalam sekolah😡📱, insiden tersebut dirakam dan tular di media sosial sehingga mengundang perhatian ramai, pihak polis kemudian bertindak pantas menjalankan operasi dan berjaya menahan seramai 15 individu termasuk 13 remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun serta 2 wanita dewasa, kesemua mereka kini direman bagi membantu siasatan🚔. Kejadian ini jelas menunjukkan masalah kawalan emosi dalam kalangan remaja yang semakin membimbangkan, perkara kecil terus dibalas dengan keganasan seolah-olah itu cara untuk “selesaikan masalah”, hakikatnya itu tindakan bodoh yang hanya merosakkan masa depan sendiri❗ bergaduh bukan lambang keberanian tetapi kegagalan berfikir secara matang😤. Setiap konflik sepatutnya diselesaikan melalui perbincangan atau mendapatkan bantuan guru dan ibu bapa, bukannya mengajak kawan untuk bergaduh⚠️. Ibu bapa dan pihak sekolah juga perlu memainkan peranan lebih tegas dalam membentuk sikap serta disiplin anak-anak supaya tidak terjebak dalam perkara seperti ini📢. Ingat, satu keputusan yang salah hari ini boleh memberi kesan jangka panjang kepada masa depan, jadi belajar kawal emosi dan hormati orang lain demi kehidupan yang lebih baik💪🚫.