22 Mar 2026, 8:21am

😡 Pelancong China Dituntut Pampasan “Melampau” di Jet Ski Pantai Cenang

Pantai Cenang, Langkawi, Kedah, seorang pelancong wanita dari China berdepan pengalaman buruk apabila pengusaha aktiviti jet ski bertindak menuntut pampasan melampau atas alasan kononnya terdapat keretakan pada peralatan selepas digunakan 😡. Sikap pengusaha ini langsung tidak mencerminkan budaya perniagaan yang beretika, sebaliknya lebih menyerupai perangai samseng — perkara kecil terus naik angin, bercakap kasar dan seolah-olah sedia nak angkat tangan 🤬. Pelancong datang untuk bercuti dan berbelanja, bukan untuk diugut atau diperas 🤦‍♂️.Hanya selepas pihak polis campur tangan barulah keadaan reda dan kes diselesaikan secara damai, namun imej negara sudah tercalar 💥. Perangai segelintir individu yang tamak dan berlagak ganas ini benar-benar memalukan Malaysia 🇲🇾. Akibat sikap seperti inilah, nama Langkawi semakin tercemar dan pelancong luar mula rasa takut dan serik 😔. Nasihat kepada pelancong asing ⚠️, jika boleh elakkan atau kurangkan kunjungan ke Langkawi selagi mentaliti seperti ini masih wujud. Yang rugi akhirnya bukan pelancong sahaja, tetapi nama negara dan rakyat Malaysia sendiri