Satu kemalangan serius π¨ berlaku di Kulim Hi Tech, Kedah apabila sebuah Perodua Bezza yang cuba mengekori ambulans membawa nenek pemandunya ke hospital telah bertindak melanggar lampu merah π‘. Tindakan gila ini menyebabkan perlanggaran dengan sebuah Nissan Grand Livina dipandu wanita berusia 36 tahun. Kereta itu terbalik lalu merempuh Proton Saga, Toyota Camry serta sebuah motosikal yang ditunggang dua pelajar kolej berusia 19 tahun ποΈ. Kejadian ini mencetuskan keadaan kecoh di lokasi. Akibat kemalangan, penunggang motosikal lelaki patah pergelangan kaki π©Ό, pembonceng wanita cedera di kaki dan tangan, pemandu Bezza sakit dada, manakala pemandu Grand Livina cedera di kepala dan tangan. Mujurlah pemandu Proton Saga dan Toyota Camry tidak mengalami kecederaan. Polis π mengesahkan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai. Pemandu macam ni memang menyusahkan π€¬, ingat nyawa keluarga sendiri je, nyawa orang lain tak penting ke? Mengekori ambulans bukan saja menyalahi undang-undang π« malah boleh melambatkan misi menyelamat. Jalan raya bukan tempat untuk ikut kepala sendiri, jangan jadi punca orang lain merana β οΈ. Tolong semua pemandu, guna otak π§ , patuhi lampu isyarat dan hormati undang-undang. Keselamatan jalan raya milik kita bersama, jangan pentingkan diri