Satu insiden mencemaskan berlaku di Jalan Hishamudin, Kuala Lumpur apabila sebuah kereta e-hailing jenis Perodua Bezza didapati melanggar lampu merah π¦ dan memecut laju sehingga hampir merempuh seorang wanita yang sedang melintas di lintasan pejalan kaki π± Mujurlah wanita itu sempat mengelak, manakala pemandu sempat membrek kecemasan π₯ Rakaman papan pemuka kejadian ini tular di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan ramai π Polis bertindak pantas dengan menahan seorang pemandu e-hailing berusia 42 tahun pada pagi hari yang sama, dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara berbahaya βοΈ Pemandu sebegini layak digelar pembunuh jalan raya π€¬ kerana sikap tidak bertanggungjawab mereka boleh meragut nyawa orang lain π Jangan ingat kerana nak cepat, kita boleh sesuka hati langgar undang-undang π Satu detik cuai boleh membawa padah sepanjang hayat β οΈ Ingatlah, jalan raya bukan litar lumba untuk kepentingan sendiri Hormati peraturan, sayangi nyawa orang lain dan juga diri anda