22 Mar 2026, 5:34am

😡 Anti-Buli Di Cakap, Program ‘Provokasi’ Di Buat — Apa Cer?

Media sosial kini hangat dengan perbincangan apabila ramai pengguna mempersoalkan sama ada program yang melibatkan kanak-kanak dan remaja mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Aktivis dan pendakwah terkenal, Firdaus Wong turut tampil bersuara dan mempersoalkan sama ada program seperti ini sesuai dijalankan, terutamanya jika ia boleh menggalakkan budaya buli di kalangan pelajar sekolah. 😡 Beliau berkata, “KPM sibuk jalankan kempen anti-buli di sekolah, tapi program begini pula diwujudkan, adakah ini membantu atau sebenarnya memburukkan lagi keadaan?” 🔥 Menurutnya, berdasarkan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) (Pindaan) 2019, individu di bawah umur 15 tahun dikategorikan sebagai kanak-kanak, manakala bawah 18 tahun sebagai orang muda. Undang-undang juga menetapkan umur minimum bekerja ialah 13 tahun dan hanya dibenarkan bagi kerja ringan yang tidak mendatangkan bahaya kepada kesihatan fizikal, mental atau pendidikan mereka. Jadi kalau program ini melibatkan remaja bawah umur — apatah lagi kalau mengandungi unsur pergaduhan atau provokasi — jelas sekali ia melanggar semangat undang-undang! 👊 Ramai netizen mengecam penganjur kerana sanggup menggunakan kanak-kanak untuk menarik perhatian dan mencipta kontroversi. Program macam ni langsung tak mendidik, malah boleh menanam sikap ganas dan suka mencabar orang lain dalam diri anak muda! 😤 Penganjur ni otak letak mana? Budak-budak tu baru nak belajar beza betul dan salah, bukan masa untuk diajar jadi pembuli atau peninju jalanan! 😡 Diharapkan pihak berkuasa segera siasat dan hentikan program macam ni sebelum lebih ramai anak muda rosak sebab kejar populariti murahan!