13 Feb 2026, 6:55am

๐Ÿ˜” Kanak-Kanak 3 Tahun Maut: Kereta Rempuh Kereta Peronda Polis Di Jelapang Ipoh

Di Jalan Ipohโ€“Lumut berhampiran Puncak Jelapang, Ipoh, Perak, berlaku satu kemalangan jalan raya yang serius apabila sebuah kereta bertembung dengan sebuah kereta peronda polis, mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun, manakala ibunya serta dua anggota polis turut cedera ๐Ÿ˜”. Difahamkan kereta yang dipandu ibu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan polis, menyebabkan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk dan cermin pecah ๐Ÿš—๐Ÿ’ฅ. Polis kini menjalankan siasatan di bawah peruntukan undang-undang berkaitan serta mengesan rakaman kamera papan pemuka dan saksi bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Tragedi seperti ini sekali lagi menjadi peringatan bahawa memandu bukan perkara main-main dan jalan raya bukan tempat untuk cuai atau menunjuk-nunuk โš ๏ธ. Masih ada pemandu yang memandu secara sambil lewa, laju tanpa fikir panjang, seolah-olah nyawa orang lain tidak bernilai; sikap tidak bertanggungjawab seperti ini memang membuatkan orang ramai marah dan geram ๐Ÿ˜ก. Ingatlah, di dalam kenderaan mungkin ada anak kecil, dan di jalan raya pula ada keluarga orang lain; sedikit sikap berhati-hati dan sabar boleh menyelamatkan nyawa