Satu video yang benar-benar membangkitkan kemarahan😡 kini tular, memaparkan seorang lelaki berdiri di depan sebuah rumah sambil menjerit kepada tuan rumah bahawa dia “dihantar oleh Ahlong”. Nada suara sombong dan muka tak malu langsung💢. Bila tuan rumah tanya sama ada dia polis, lelaki tak guna itu terus menyalakan botol berisi petrol🔥 dan tanpa ragu melontarkan botol api itu ke arah pintu rumah mangsa. Perbuatan gila dan tak berperikemanusiaan ini hampir mencederakan keluarga di dalam rumah — semuanya sebab hutang pinjaman online yang tak sampai RM500 pun😤.Sekarang terlalu banyak pinjaman online yang menyamar sebagai pemberi pinjaman berlesen kononnya “di bawah KPKT”, sedangkan semuanya Ahlong yang berpura-pura nampak sah. Pinjam RM500, on-hand mungkin cuma RM100, tapi akhirnya dipaksa bayar sehingga RM15,000💸. Kalau tak bayar, keluarga pula jadi mangsa — disimbah cat, diugut, diganggu, malah rumah boleh dibakar. Memang tak ada hati perut dan tak layak jadi manusia🤬.Orang ramai mesti berhati-hati⚠️, jangan sesekali percaya pinjaman online segera. Senang nak pinjam, tapi nak keluar dari perangkapnya susah, silap langkah satu keluarga boleh menderita. Kalau ada ahli keluarga yang sedang diganggu Ahlong, pinjaman wang berlesen palsu atau debt collector bank yang bertindak ganas, segera buat laporan dan dapatkan bantuan pihak berkuasa🚨.Keselamatan keluarga lebih penting daripada apa-apa hutang🙏. Jangan biarkan manusia tidak berhati perut seperti ini merosakkan hidup anda.