Satu kebakaran besar berlaku di PPR Gugusan Kesumbar, Kota Damansara π₯ apabila lima buah kedai makan musnah sepenuhnya dan hangus dijilat api sehingga hanya tinggal rangka. Kebakaran turut melibatkan lima kenderaan berhampiran iaitu sebuah Proton Saga terbakar 20%, sebuah Proton Wira 60% dan tiga buah motosikal yang rosak teruk hampir separuh π. Seramai 28 anggota bomba dikerahkan dari BBP Sungai Buloh dengan bantuan BBP Damansara, Petaling Jaya dan Hartamas, api akhirnya berjaya dikawal tanpa melibatkan sebarang mangsa π. Kejadian ini sekali lagi menjadi peringatan kepada semua peniaga dan orang awam supaya sentiasa memastikan pendawaian elektrik, peralatan memasak serta tong gas berada dalam keadaan selamat, kerana pencegahan jauh lebih baik daripada berhadapan dengan bencana