22 Mar 2026, 5:28am

๐Ÿ’ง Gila Kurang Ajar! Sampai KLIA Terus Simbah Air Ke Kepala Pegawai โ€“ Lelaki Kemboja Didakwa!

Seorang lelaki warganegara Kemboja berusia 41 tahun, Lin Weida bertindak biadab di dalam penerbangan dari Hong Kong ke Kuala Lumpur โœˆ๏ธ apabila menggunakan kata-kata kesat terhadap pramugari dan menimbulkan kekecohan di dalam pesawat. Lebih melampau lagi, sebaik tiba di KLIA, dia bertindak mencurah sebotol air ke atas kepala pegawai keselamatan Sheikh Muhammad Syafiq Sh. Khalid ๐Ÿ’ง, langsung tidak menunjukkan sebarang adab! Mujurlah pegawai keselamatan tersebut kekal tenang, tidak membalas, sebaliknya mengawal keadaan secara profesional ๐Ÿ‘ฎ. Akhirnya, lelaki berkenaan telah didakwa dengan dua pertuduhan iaitu menghina pramugari dan menggunakan kekerasan terhadap pegawai keselamatan โš–๏ธ. Terus terang, individu seperti ini memang memalukan, bukan sahaja memalukan diri sendiri malah turut mencemarkan nama negara ๐Ÿคฌ! Setiap orang yang melancong sepatutnya ada asas adab, jangan sampai orang lain ketawakan