Polis Klang berjaya menahan sebuah Proton Waja hitam yang dipandu secara mencurigakan selepas pemandunya enggan berhenti dan melarikan diri sehingga mencetuskan aksi kejar-mengejar dengan lima kereta peronda π. Kenderaan tersebut akhirnya berjaya dipintas di Bandar Sentosa dan tiga lelaki tempatan berusia 31 hingga 43 tahun ditahan di lokasi. Pemeriksaan lanjut menemukan sebilah parang panjang serta sepasang sarung tangan, malah pemandunya mempunyai 23 rekod jenayah serta 11 rekod lampau berkaitan dadah β οΈ. Tindakan samseng jalanan seperti ini bukan sahaja membahayakan orang awam malah menunjukkan betapa tidak berhormatinya mereka terhadap undang-undang. Kita sebagai masyarakat harus sentiasa berwaspada, jangan sesekali melindungi penjenayah dan terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa agar keselamatan awam terjamin