Memang tak masuk akal langsung π‘! Dalam satu aktiviti kononnya untuk sokong Palestin, ada pula yang berani naikkan bendera Israel atas sungai di Kelantan, siap guna bot yang ada logo Agrobank lagi π’. Akibatnya, Agrobank pula jadi mangsa fitnah, ramai ingat bank tu terlibat. Agrobank dah jelaskan dengan tegas, bot tu memang pernah digunakan untuk promosi sebelum ini tapi kali ini digunakan tanpa pengetahuan atau kebenaran mereka β οΈ. Masalahnya sekarang ramai suka main sebar video tanpa usul periksa, asal nampak terus viralkan, sampai pihak tak bersalah pun kena hentam π. Tolonglah rakyat Malaysia, jangan jadi penyebar fitnah. Sebelum kongsi apa-apa, semak dulu fakta! π« Agrobank pun dah tegaskan mereka tak pernah dan tak akan terlibat dengan sebarang aktiviti yang ada kaitan dengan Israel π. Kita kena lebih bijak dan bertanggungjawab bila guna media sosial