29 Apr 2026, 7:14pm

💔 “Daycare neraka” di Yogyakarta: Little Aresha didakwa ikat dan abaikan puluhan kanak-kanak, polis tahan 13 suspek

Yogyakarta, Indonesia – sebuah pusat jagaan kanak-kanak bernama “Little Aresha” menjadi lokasi kejadian penderaan yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan 😱💔. Puluhan kanak-kanak kecil, ada yang baru berusia dua tahun, ditemui terbaring seperti tidak bernyawa di lantai. Mereka diikat tangan dan kaki, ada yang tidak berpakaian atau hanya memakai lampin. Tiada katil, tiada keselesaan – hanya tikar nipis di lantai yang keras 😭. Mereka dipercayai diberi ubat tidur atau dadah sehingga terlalu lemah untuk bergerak atau menangis 💊. Ibu bapa menghantar anak mereka dengan harapan mendapat jagaan baik semasa mereka bekerja, tetapi sebaliknya anak-anak mereka diabaikan, diikat, dan didera setiap hari 😡. Daripada 103 kanak-kanak, polis mengesahkan sekurang-kurangnya 53 menjadi mangsa. Tiga belas individu telah dikenal pasti sebagai suspek, termasuk pengasas, pengetua, dan beberapa pengasuh. Perbuatan mereka – mengikat anak supaya tidak “mengganggu”, melucutkan pakaian, membiarkan berjam-jam di lantai tanpa penjagaan, malah memberi ubat tidur – adalah perbuatan syaitan! 👿 Kami mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman ini. Anak-anak adalah masa depan, bukan alat untuk korang jimat kerja atau lepaskan geram. Jika tiada rasa tanggungjawab dan kasih sayang, jangan buka pusat jagaan! Saya pesan kepada semua ibu bapa: pilih pusat jagaan dengan teliti, buat lawatan mengejut selalu, jangan mudah percaya pada promosi semata-mata. Semoga pihak berkuasa Indonesia menghukum pesalah dengan seberat-beratnya dan memperkukuh undang-undang perlindungan kanak-kanak ⚖️. Semoga mangsa-mangsa segera pulih, mendapat rawatan dan sokongan psikologi, dan si jahat menerima balasan setimpal 🙏💪