22 Mar 2026, 8:19am

🐊⚠️ “Buaya di Moyog?” — Penduduk Minta Jawapan, Bukan Janji

Penampang, Sabah, satu video yang dipercayai menunjukkan kemunculan buaya telah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial🐊😨, dengan pihak polis mengesahkan lokasi rakaman berhampiran sebuah ladang ternakan buaya yang beroperasi secara sah serta mempunyai langkah keselamatan lengkap👮‍♂️. Namun begitu, ramai penduduk tempatan mendakwa sejak kebelakangan ini mereka kerap melihat kelibat buaya di Sungai Moyog💦, sesuatu yang berbeza berbanding sebelum ini⚠️. Pihak berkuasa mungkin mengatakan keadaan terkawal, tetapi apa yang dilihat orang ramai tidak boleh dipandang ringan🤦‍♂️, dulu dikatakan tiada buaya, sekarang tiba-tiba muncul, datang dari mana sebenarnya? Jangan anggap orang awam bodoh😤. Masyarakat menggesa pihak berkaitan supaya memandang serius kebimbangan ini🛑, jalankan siasatan menyeluruh dan jelaskan keadaan sebenar secara telus📢. Jika hanya bertindak selepas berlaku serangan buaya ke atas manusia barulah mahu menutup kawasan, memasang pita amaran dan mengeluarkan kenyataan rasmi, ketika itu semuanya sudah terlambat💢. Isu keselamatan bukan untuk ditangani selepas tragedi berlaku❤️, ambillah langkah awal sebelum nyawa menjadi korban