Kota Bharu di kawasan selekoh Wakaf Siku berlaku satu kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal yang dipercayai terbabas sebelum melanggar tiang lampu di tepi jalan, detik kejadian tersebut turut dirakam oleh kamera litar tertutup milik NAGO Commercial Kitchen Equipment dan menunjukkan situasi yang agak mencemaskan🚧💥. Insiden ini menjadi peringatan kepada semua pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal supaya sentiasa memperlahankan kenderaan ketika melalui selekoh dan tidak mengambil risiko yang boleh membahayakan diri sendiri❗ keadaan jalan yang tidak menentu serta faktor kelajuan sering menjadi punca kemalangan seperti ini. Penunggang juga dinasihatkan untuk sentiasa memakai topi keledar dan kelengkapan keselamatan bagi mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan🪖. Tidak kira siang atau malam, sikap berhati-hati dan fokus ketika menunggang amat penting demi keselamatan semua💪, jadikan kejadian ini sebagai pengajaran agar tragedi sama tidak berulang🚫