Persimpangan lampu isyarat Shell Batu 5, Meru, Selangor (Taman Dato Bandar), satu kemalangan maut telah meragut nyawa seorang penunggang motosikal apabila mangsa dipercayai hilang kawalan selepas melanggar lopak air dan lubang di jalan raya, sebelum terjatuh ke laluan sebuah lori treler dan digilis hingga maut di tempat kejadian 😡🕯️. Terus terang cakap, menunggang motosikal dengan sikap sambil lewa, laju tanpa fikir panjang dan langsung tak peka keadaan jalan memang perbuatan cari mati 🤦♂️, bila sudah berlaku tragedi, bukan diri sendiri saja yang jadi mangsa, pemandu lori yang tak bersalah pun terpaksa menanggung trauma seumur hidup. Jalan basah, berlubang dan kawasan persimpangan memang berisiko tinggi ⚠️, tetapi masih ada penunggang yang degil, tak mahu perlahankan kenderaan dan anggap semua boleh dielak, akhirnya nyawa melayang 😔. Kejadian ini sepatutnya jadi pengajaran keras kepada semua penunggang motosikal, pakai helmet dengan betul, kawal kelajuan, buka mata luas-luas dan jangan tunggang ikut emosi 🙏🏽. Jalan raya bukan tempat tunjuk berani atau uji nasib, satu saat cuai boleh musnahkan segalanya